Khamis, 26 Disember 2013

bbcounter
Website Traffic Statistics

Teknik Berkesan Menghafal ejaan dan makna bahasa inggeris


Askm..
kali ini saya nak kongsi cara mudah nak hafal perkataan bahasa inggeris(spelling).kalau disekolah pasti susah nak buat karangan kalau tak banyak patah perkataan yang kita ingat.nak berkomunikasi pun jadi susah..Pastu,cikgu marah..hurrmm..sedih..saya sendiri pernah kena rotan dengan cikgu 8 kali sebab kesalahan dalam karangan..

TERDAPAT 2 TEKNIK

^-^teknik mata ketiga kreatif
^-^teknik NLP

sekarang kita belajar teknik pertama dulu..teknik mata ketiga kreatif.tapi sebelum tu,mari kita nilai dahulu sejauh mata tajamnya daya pemerhatian kita.debar tak?

a)Apakah warna yang terletak di atas sekali pada lampu isyarat?
JAWAPAN.............................

b)Gambar apakah yang terdapat pada duit syiling lima puluh sen?
JAWAPAN.............................

Kalau masa kita jawab soalan (a) kita teragak-agak itu kerana kita tidak begitu pasti sama ada merah atau hijau.Jawapannya lampu merah.Soalan (b)gambar wau bulan.macam mana,betul?

BAGAIMANA TEKNIK MATA KETIGA BOLEH MEMBANTU?
mata ketiga bermaksud kita perlu memiliki permerhatian yang tajam(umpama kita ada mata yang ketiga)kreatif pula kita perlu mereka cipta cerita kreatif untuk membantu mengingati makna sesuatu perkataan.Jom kita mulakan!!

SEKARANG CUBA PERHATIKAN DENGAN TELITI PERKATAAN KANGAROO DIBAWAH..

                                   K A N G A R O O
sekarang mari kita mulakan teknik ini.
a)menghafal ejaan kangaroo
b)menghafal maksud kangaroo

Pemerhati yang baik seolah-olah memiliki mata ketiga.Mereka berupaya melihat apa yang orang lain tidak nampak.Mereka mencari kata kunci.kata kunci itulah yang membantu mereka menghafal perkataan dengan mudah.

Apakah kata kunci untuk perkataan ini?Jawapannya ialah KANGAR. ketika pelajar lain bingung memikirkan ejaan yang betul,murid genius hanya perlu mengingati kata kunci iaitu Kangar.Kemudian mereka perlu menambah dua huruf 'o'selepas perkataan kangar.
contohnya=kangar+oo=kangaroo.mudahkan?itulah pemerhatian yang tajam.

sekarang menggunakan teknik kreatif untuk mengingati makna.kita hanya perlu mereka cipta kreatif.kemudian kaitkan dengan kata kuncinya.

Ini contoh cerita kreatifnya..perbualan antara nenek dan cucunya.

Nenek: cucu..kangaroo tu apa?
Cucu:   Kangaroo itu sejenis binatang comel yang suka melompat nek!
Nenek: Oh!begitu..jauh ke binatang comel tu boleh lompat?
Cucu:Jauh nek!dari Australia boleh sampai ke Kangar,perlis.
Nenek:Jauhnya ya..betul ke?
Cucu:Betul nek..dengan syarat kangaroo u mestilah menyebut huruf o sebanyak dua kali sebelum melompat.
Nenek:kena sebut huruf o dua kali?ishh!betul ke cucu nenek ni?

Cucu:ha!ha!ha!saya bergurau je.nak kongsikan nenek cara mudah menghafal ejaan kangaroo.
Nenek:oh..

begitulah kawan-kawan..itu kalau satu perkataan.kalau banyak perkataan pun boleh.tekniknya sama.kita boleh gabung semua perkataan dalam satu cerita.saya selalu buat dan ianya berhasil,.kawan-kawan saya pun selalu guna.Kita tak kisah nak buat cerita pasal apa.Atas kreativiti dan cara mudah untuk kita ingat.selalulah buat dan cuba dapatkan 10 perkataan sehari..selamat mencuba.!!ini baru teknik pertama teknik kedua saya sambung esok!!cuba fahami betul-betul pastu cubalah..semoga berjaya!!